Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
34) CADANGAN MENGADAKAN LEBIH BANYAK PUSAT-PUSAT PERNIAGAAN SETEMPAT DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bercadang mengadakan lebih banyak pusat-pusat perniagaan setempat terutamanya di kawasan kampung bagi membuka lebih banyak peluang rakyat berniaga?
Kerajaan Negeri sangat komited untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung di Negeri Selangor. Bermula tahun 2008, pelbagai program dijalankan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di bandar dan di desa khususnya. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000.00 untuk melaksanakan Program 1 Daerah 1 Inkubator yang melibatkan sebanyak 4 buah inkubator di 4 daerah yang berasingan. Inkubator ini telah diwujudkan untuk memberdayakan ekonomi warga desa dan kampung tradisi dan menjadi pusat untuk golongan belia belajar untuk memulakan perniagaan. Program ini juga akan meningkatkan taraf sosial rakyat Negeri Selangor ke arah kesejahteraan negeri. Selain boleh menggunakan premis dan peralatan untuk menjalankan perniagaan, peserta juga akan diberikan kursus dan pemantauan dari masa ke semasa oleh pengendali program ini iaitu Kolej INPENS. Inkubator yang telah disediakan adalah melibatkan kursus-kursus adalah seperti di Jadual 1 :
Jadual 1 : Jenis-jenis inkubator yang disediakan di PBT Negeri Selangor
Daerah Jenis Inkubator Klang Penyaman Udara & Pendawaian Elektrik Kuala Langat Pusat Kecantikan, Dandanan Rambut & Jahitan
Sabak Bernam Bengkel Motosikal Hulu Selangor Pada tahun ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan dua (2) buah inkubator iaitu di Hulu Langat dan Petaling bagi memberi peluang kepada penduduk di daerah terlibat belajar untuk memulakan perniagaan sendiri.
-
Jika ya, di mana dan jika tidak apakah rancangan alternatif Kerajaan?
Sama seperti di SUB(a)
-
Nyatakan dataran-dataran niaga sediada mengikut Daerah pada masa ini?
Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1,350,000.00 bagi mewujudkan sembilan (9) buah Dataran Niaga di Negeri Selangor. Setakat ini, sebanyak enam (6) buah Dataran Niaga telah siap dibina dan sedia untuk beroperasi iaitu di daerah Gombak, Klang, Sabak Bernam, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Kuala Langat. Manakala tiga (3) daerah yang lain masih di dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada akhir tahun 2016.