Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
281) CADANGAN MENAMBAHKAN BILANGAN PENERIMA FOODSTAMPS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima Foodstamps sejak ia dilancarkan dan jumlah perbelanjaan Kerajaan?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor dan kerjasama Hijrah Selangor telah melaksanakan Program Bantuan Makanan Asas ‘Smart Selangor Food Stamp’ sejak Jun 2016 yang melibatkan sebanyak
100 buah keluarga dari setiap DUN dengan nilai peruntukan sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga pada tahun 2016 dan 2017. Pemberian bantuan ini diberikan kepada keluarga termiskin yang memenuhi kriteria tertentu dan telah dikenal pasti oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan masing- masing tanpa mengira bangsa, kaum serta fahaman politik.
Bagi tahun 2016, sebanyak RM2,116,800.00 telah dibelanjakan dan dimanfaatkan oleh 5,600 buah keluarga dari setiap Dewan Undangan Negeri di Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,960,000.00 merupakan nilai barangan bantuan makanan asas yang diberikan, iaitu RM50.00 bagi setiap set barangan bantuan makanan asas yang dibekalkan selama 7 bulan kepada 100 buah keluarga dari setiap 56 DUN. Sebanyak 8% atau RM156,800.00 bersamaan RM400.00 bagi setiap trip ke setiap DUN di Selangor. Caj pengurusan ini adalah termasuk kos logistik, kos penghantaran dan kos pekerja bagi menjayakan program ini.
Program ini diteruskan pada tahun 2017 dengan perbelanjaan sebanyak RM3,656,800.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3,360,000.00 adalah merupakan nilai barangan yang diberikan, iaitu RM50.00 bagi setiap set bekalan barangan bantuan makanan asas selama 12 bulan kepada 100 buah keluarga dari setiap 56 DUN. Begitu juga dengan caj perkhidmatan sebanyak 8% iaitu RM268,800.00 bersamaan RM400.00 bagi setiap trip logistik dan kos pekerjaan bagi memastikan penghantaran selamat diterima di Pejabat Khidmat Masyarakat. Penyediaan beg secara one off turut disediakan bagi memudahkan penerima bantuan program ini membawa pulang ke rumah pada
setiap kali menerima barangan makanan asas di Pejabat Khidmat Masyarakat dengan melibatkan kos sebanyak RM28,000.00.
Ringkasan perbelanjaan bagi pelaksanaan Bantuan Makanan Asas ‘Smart Selangor Food Stamp’ adalah seperti berikut :-
TAHUN 2016 JUMLAH Jumlah Penerima
5,600 buah keluarga Barangan Bantuan Makanan Asas
RM50.00 x
100 keluarga
x 56 DUN
x 7 bulan
RM1,960,000.00
RM2,116,800.00
Caj Perkhidmatan 8%
RM156,800.00
TAHUN 2017 JUMLAH Jumlah Penerima
5,600 buah keluarga RM50.00 x
Barangan 100 Bantuan keluarga RM3,360,000.00 Makanan Asas x 56 DUN x12 bulan Caj Perkhidmatan 8%
RM268,800.00
RM3,656,800.00 Pembekalan Beg
RM5.00 x
Smart Selangor 5,600 RM28,000.00 Food Stamp penerima