Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

232) CADANGAN MENAIK TARAF FT01

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perancangan untuk menaik taraf Jalan FT01 dari Lotus Rawang sehingga Kampung Lee Kim Sai, Rawang.

    Sehingga kini tiada perancangan bagi kerja naiktaraf Jalan FT001 dari Lotus Rawang sehingga Kampung Lee Kim Sai Rawang bagi mengatasi kesesakan jalan raya. Walaubagaimanapun pembinaan Jalan Pintasan Rawang yang siap pada 2015 telah menyuraikan sebahagian aliran trafik di FT001. JKR Selangor juga telah menaiktaraf lampu isyarat sediada kepada sistem lampu isyarat pintar bagi laluan tersebut dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2025.

  2. Adakah kerajaan merancang untuk menaik taraf "Little India" di Jalan Welman, yang terletak dalam jajaran FT01, sebagai destinasi pelancongan?

    Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Bukit Lanjan, ahli majlis kawasan telah berbincang dengan Y.B. di mana untuk tujuan pelancongan Little India akan dicadangkan di Jalan Maxwell dan bukan di Jalan Wellman memandangkan Jalan Wellman adalah jalan utama sambungan FT 01 Ipoh – Kuala Lumpur di bawah senggaraan Jabatan Kerja Raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.