Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
76) CADANGAN LALUAN PENCAWANG ELEKTRIK TNB DAN LEBUH RAYA SUKE
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah melantik pakar untuk mengkaji dan melengkapkan laporan berkenaan cadangan laluan bagi pencawang elektrik TNB dan lebuh raya SUKE yang melalui kawasan sekitar Zon 24 MPAJ dengan populasi penduduk lebih 25,000 yang dicadangkan oleh penduduk dan 1 lagi dicadangkan oleh pihak TNB?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 9 Disember 2011 telah memuktamadkan penggunaan jajaran yang melalui cerun bukit (rizab hutan) berdasarkan kepada laporan kajian terperinci yang telah dilakukan oleh pihak Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM). IKRAM adalah sebuah badan yang mempunyai kepakaran dalam membuat kajian berkaitan kejuruteraan geoteknik, struktur dan bahan, pengangkutan, pengurusan aset dan pembinaan serta kestabilan cerun. Pihak IKRAM telah dilantik sebagai perunding bebas bagi membuat kajian geoteknik penilaian cerun di Bukit Sg. Puteh Tambahan bermula pada bulan Februari 2010 sehingga Mei
Kesimpulan daripada kajian tersebut, pihak IKRAM telah mendapati bahawa
factors of safety (FOS) cerun sedia ada adalah terletak di antara 1.2 hingga
1.4 menepati piawaian terbaik antarabangsa iaitu Geotechnical Engineering Office (GEO) di Hong Kong. Selain daripada itu, pihak IKRAM juga memaklumkan bahawa kestabilan cerun akan meningkat kepada FOS 1.5 dengan kaedah penggunaan hand-dug caisson dan struktur pencawang dipasak ke “bed-rock”. Walau bagaimanapun, pemeriksaan dan penyelenggaraan cerun yang berkala perlu dilakukan bagi memastikan kestabilan cerun kekal untuk jangka masa panjang.
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyiapkan laporan bagi 1(a) dan kemukakan kepada orang awam?
Kerajaan Negeri juga sentiasa mengadakan sesi perjumpaan bersama penduduk setempat melalui agensi kerajaan negeri yang terlibat dalam proses memuktamadkan jajaran elektrik untuk memastikan bekalan elektrik dapat memenuhi permintaan selaras dengan pembangunan semasa dan pertambahan penduduk yang semakin meningkat di Lembah