Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

156) CADANGAN KENAIKAN TARIF AIR DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasionalnya Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk menaikkan tarif air di Selangor?

    Kerajaan Negeri masih berbincang dengan Kerajaan Persekutuan  mengenai cadangan kenaikan tarif dengan Kerajaan Persekutuan kerana melalui penguatkuasaan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara, 2006 (Akta 655), kuasa eksekutif diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi perkara-perkara yang berhubung dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan bekalan air bagi semua negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan termasuk di dalam menentukan kadar tarif.

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri Untuk mengimbangi kos sara hidup rakyat dengan kenaikan tarif air tersebut?

    1. Di dalam perbincangan mengenai kenaikan tarif, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menekankan bahawa sebarang pelarasan tarif adalah berpatutan dan tidak akan membebankan rakyat dan memberi jaminan tiada peningkatan bagi pengguna domestik yang menggunakan 20 meter padu sebulan.

     

    1. Perkara lain yang turut dipertimbangkan di dalam perbincangan mengenai pelarasan kadar tarif adalah penggalakan penggunaan air yang lebih bijak bagi menggalakkan pemuliharaan air oleh pengguna bagi kedua-dua kategori domestik dan bukan domestik.

     

    1. Kerajaan Negeri akan terus dari semasa ke semasa mengkaji dan melaksanakan pelbagai insentif yang bersesuaian bagi membendung sebarang kesan yang tidak diingini rentetan daripada pelarasan tarif tersebut.

     

     

  3. Adakah sebarang insentif khas untuk rakyat Selangor jika kenaikan tarif dilaksanakan?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.