Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

72) CADANGAN JALAN DI HADAPAN PANTAI HOSPITAL KLANG DAN HARBOUR PLACE KLANG (MBO) YANG SELARI DENGAN PERSIARAN RAJA MUDA MUSA DIJADIKAN JALAN SEHALA YANG HANYA MENUJU KE PELABUHAN KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Saya telah memberi cadangan supaya jalan di hadapan Pantai Hospital Klang dan Harbour Place Klang (MBO) yang selari dengan Persiaran Raja Muda Musa dijadikan jalan sehala yang hanya menuju ke Pelabuhan Klang tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya. Sama ada kajian telah dibuat terhadap cadangan tersebut?

    Untuk makluman pihak Y.B, pejabat ini telah turun ke lokasi tersebut dan membuat penilaian keadaan di tapak.

  2. Adakah cadangan tersebut diterima atau ditolak oleh JKR? Sekiranya diterima apakah rancangan untuk melaksanakannya? Sekiranya ditolak, apakah alasan?

    Hasil penilaian tersebut, pejabat ini tidak menyokong cadangan jalan di hadapan Pantai Hospital Klang dan Harbour Place Klang (MBO) yang selari dengan Persiaran Raja Muda Musa dijadikan jalan sehala yang hanya menuju ke Pelabuhan Klang.

    Ini kerana jarak susur keluar pada jalan servis (service road) ke jalan utama Persiaran Raja Muda Musa (PRMM) terlalu singkat bagi pengguna lalulintas untuk membuat pusingan ‘U-Turn’ dan keadaan ini akan mengundang bahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan.

    Sistem jalan susur diadakan adalah untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di jalan PRMM sebagai jalan utama.

Lampiran

Tiada Lampiran.