Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
107) CABARAN EKONOMI & PELABURAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pelaburan di Negeri Selangor akibat keadaan ekonomi yang merudum?
Dalam keadaan ekonomi yang merundum, secara dasarnya ianya memberi kesan kepada aktiviti pelaburan samada kesan secara langsung atau tidak langsung seperti;-
Kesan Langsung
Kos awalan pelaburan menjadi lebih kompetitif kepada pelabur asing kerana nilai matawang asing menjadi lebih tinggi berbanding nilai Ringgit Malaysia.
Peningkatan kos pengeluaran kerana harga import bahan mentah yang tinggi disebabkan kejatuhan nilai Ringgit
Kesan Tidak Langsung
- Penutupan kilang
- Penstrukturan syarikat bagi mengurangkan kos operasi
- Penangguhan perancangan pelaburan baru atau pelaburan
- Pengecilan tenaga kerja atau pemberhentian pekerja bagi industri yang terkesan
- Memperlahankan pertumbuhan sektor-sektor lain seperti hartanah, peruncitan, pengangkutan dan industri sokongan lain
-
Apakah pendekatan inovatif dan usaha kerajaan untuk menangani masalah ini?
Antara pendekatan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menangani masalah ini dengan meningkatkan program promosi pelaburan bagi memperkenalkan peluang – peluang pelaburan di Selangor seperti berikut;-
- Meningkatkan program promosi pelaburan di dalam dan luar
- Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
- Penerbitan iklan-iklan dalam media cetak dan media elektronik dalam dan luar
- Program – program pertemuan dengan pelabur sedia ada bagi membantu menyelesaikan isu
- Program pertemuan dengan pihak kedutaan dan dewan-dewan perniagaan asing.
- Penyertaan di dalam pameran-pameran yang berkaitan dalam dan luar negara.
- Memantau kemajuan serta membantu mempercepatkan proses kelulusan cadangan – cadangan projek pelaburan melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang dipengerusikan oleh YB EXCO.
- Mengadakan mesyuarat IPMC secara berkala bagi membantu menyelesaikan isu – isu infra di kawasan – kawasan perindustrian melalui Mesyuarat IPMC yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan.
- Meningkatkan program Engagement bersama
- Initiatif E – Commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran
- Invest Selangor Talent Initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang
- Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada