Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

148) BUKU JINGGA & MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jadual pelaksanaan buku jingga atau manifesto Pakatan Rakyat Selangor

    Untuk makluman, Buku Jingga adalah manifesto yang telah dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan. Oleh kerana Pakatan Rakyat telah memerintah Selangor untuk 5 tahun, satu manifesto khas bertemakan ‘Meneruskan Kecemerlangan’ telah ditawarkan kepada rakyat Selangor dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang

     

    Tema ‘Meneruskan Kecemerlangan’ menunjukkan hasrat Pakatan Rakyat untuk meneruskan polisi dan program yang telah dijalankan sejak mengambil alih tampuk pimpinan Negeri Selangor pada 2008, terutamanya program-program di bawah ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ (MES) yang telah memberi manfaat kepada lebih 1.6 juta orang rakyat di negeri ini.

     

    Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’ terbahagi kepada tiga teras utama iaitu Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan

    Persaudaraan Rakyat menerusi aktiviti keagamaan dan kebudayaan. Setiap program yang telah ditawarkan ini telah disusun untuk dilaksanakan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.

     

    Justeru untuk pelaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor bagi tahun 2013 hingga 2014, fokus disasarkan untuk memastikan Pelan Pelaksanaan Jangka Pendek tercapai di samping memastikan Pelan Pelaksanaan Jangka Sederhana dan Jangka Panjang berjalan dengan baik.

     

    Saya lampirkan di sini satu salinan Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’ oleh Pakatan Rakyat Selangor untuk rekod dan rujukan Dewan.

  2. Sila kemukakan senarai peruntukan tahun 2014 mengikut tajuk manifesto Pakatan Rakyat Selangor

    Bagi tawaran manifesto yang telah diletakkan bawah “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) pada pembentangan Belanjawan 2014, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 85 juta untuk meneruskan pelaksanaan agenda ini. Untuk rekod dewan yang mulia, semenjak Mac 2008 sehingga 31 Disember 2013 Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.045 bilion untuk agenda ini. Berikut ialah senarai mutakhir peruntukan untuk program MES hingga 31 Disember 2013:

     

    BIL PROGRAM (RM)
    1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 10,500,000
    2 Hadiah Anak Masuk Universiti 39,356,000
    3 Skim Mesra Usia Emas 109,220,500
    4 Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang 2,446,694
    5 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama 774,470,053
    6 Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) 67,355,500
    7 Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) 153,153
    8 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) 1,790,320
    9 Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) 11,463,200
    10 Insentif Perkahwinan Belia 363,000
    11 Pusat Tuisyen Rakyat 15,013,545
    12 Pusat Dialisis Rakyat
    13 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) 368,300
    14 Skim Bantuan Tadika (TUNAS) 1,708,577
    15 Cuti Bersalin 90 Hari
    16 Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari
    17 Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari
    18 Jom Shopping (Warga emas + ibu tunggal) 10,302,300
    19 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
    20 Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral 64,670,317
      JUMLAH 1,044,511,143

     

     

    Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM269.5 juta dalam Belanjawan 2014 untuk mula melaksanakan pelbagai tawaran yang diumumkan dalam Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’ bagi Pilihanraya Umum Ke-13. Teras Ekonomi Rakyat merupakan benefisiari terbesar dengan peruntukan RM154.47 juta, diikuti oleh Persaudaraan Rakyat dengan RM69.5 juta dan yang terakhir, Kesejahteraan Rakyat dengan RM45.55 juta.

    Selain itu, Belanjawan 2014 juga memperuntukkan sebanyak RM121 juta kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk pembinaan jalan baru, penaiktarafan jalan, pembinaan jambatan dan pelbagai rancangan lain yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

     

    Kerajaan Negeri juga sangat serius dalam usaha memastikan wujudnya tempat kediaman pada harga atau/dan kadar sewa yang berpatutan sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’. Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti di samping RM2 juta lagi untuk projek Perumahan Rakyat dan RM2.4 juta untuk penyelenggaraan dan kerja-kerja baik pulih Rumah Awam Kos Rendah.

  3. Adakah Kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana pihak lebuhraya membina TOL di Selangor, yang selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat?

Lampiran

Tiada Lampiran.