Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
169) BUKU JINGGA & MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan jadual pelaksanaan buku jingga atau manifesto Pakatan Rakyat Selangor tahun 2014
Untuk makluman, Buku Jingga adalah manifesto yang telah dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan. Oleh kerana Pakatan Rakyat telah memerintah Selangor untuk 5 tahun, satu manifesto khas bertemakan ‘Meneruskan Kecemerlangan’ telah ditawarkan kepada rakyat Selangor dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang
Tema ‘Meneruskan Kecemerlangan’ menunjukkan hasrat Pakatan Rakyat untuk meneruskan polisi dan program yang telah dijalankan sejak mengambil alih tampuk pimpinan Negeri Selangor pada 2008, terutamanya program-program di bawah ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ (MES) yang telah memberi manfaat kepada lebih 1.6 juta orang rakyat di negeri ini.
Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’ terbahagi kepada tiga teras utama iaitu Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Persaudaraan Rakyat menerusi aktiviti keagamaan dan kebudayaan. Setiap program yang telah ditawarkan ini telah disusun untuk dilaksanakan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.
Justeru untuk pelaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor bagi tahun 2013 hingga 2014, fokus disasarkan untuk memastikan Pelan Pelaksanaan Jangka Pendek tercapai di samping memastikan Pelan Pelaksanaan Jangka Sederhana dan Jangka Panjang berjalan dengan baik.
-
Sila kemukakan senarai peruntukan tahun 2014 mengikut tajuk manifesto Pakatan Rakyat Selangor
- Bagi tawaran manifesto yang telah diletakkan bawah “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) pada pembentangan Belanjawan 2014, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 85 juta untuk meneruskan pelaksanaan agenda ini. Untuk rekod dewan yang mulia, semenjak Mac 2008 sehingga 31 Disember 2013 Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.045 bilion
untuk agenda ini. Berikut ialah senarai mutakhir peruntukan untuk program MES hingga 31 Disember 2013:
BIL PROGRAM (RM) 1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 10,500,000 2 Hadiah Anak Masuk Universiti 39,356,000 3 Skim Mesra Usia Emas 109,220,500 4 Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang 2,446,694 5 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama 774,470,053 6 Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) 67,355,500 7 Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) 153,153 8 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) 1,790,320 9 Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) 11,463,200 10 Insentif Perkahwinan Belia 363,000 11 Pusat Tuisyen Rakyat 15,013,545 12 Pusat Dialisis Rakyat – 13 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) 368,300 14 Skim Bantuan Tadika (TUNAS) 1,708,577 15 Cuti Bersalin 90 Hari – 16 Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari – 17 Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari – 18 Jom Shopping (Warga emas + ibu tunggal) 10,302,300 19 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) – 20 Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral 64,670,317 JUMLAH 1,044,511,143 Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM269.5 juta dalam Belanjawan 2014 untuk mula melaksanakan pelbagai tawaran yang diumumkan dalam Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’ bagi Pilihanraya Umum Ke-13. Teras Ekonomi Rakyat merupakan benefisiari terbesar dengan peruntukan RM154.47 juta, diikuti oleh Persaudaraan Rakyat dengan RM69.5 juta dan yang terakhir, Kesejahteraan Rakyat dengan RM45.55 juta.
Kerajaan Negeri juga sangat serius dalam usaha memastikan wujudnya tempat kediaman pada harga atau/dan kadar sewa yang berpatutan sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’. Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti di samping RM2 juta lagi untuk projek Perumahan Rakyat dan RM2.4 juta untuk penyelenggaraan dan kerja-kerja baik pulih Rumah Awam Kos Rendah
.Selain itu, Belanjawan 2014 juga memperuntukkan sebanyak RM121 juta kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk pembinaan jalan baru, penaiktarafan jalan, pembinaan jambatan dan pelbagai rancangan lain yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.
Kerajaan Negeri juga telah umumkan rancangan penggunaan Rizab Negeri
berjumlah RM430 juta bagi membiayai pembangunan enam inisiatif berikut:
- RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang
- RM100 juta bagi pembinaan rumah mampu milik
- RM50 juta bagi pembinaan beberapa bangunan sekolah
- RM50 juta bagi pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia
- RM50 juta bagi pembangunan desa
- RM30 juta bagi pemberdayaan wanita
Tuntasnya, Kerajaan Negeri sangat komited untuk memastikan segala kandungan Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’ ditunaikan mengikut fasa dan peruntukan yang telah ditetapkan. Besarlah harapan kita agar di akhir pentadbiran Pakatan Rakyat ini, kualiti hidup rakyat dan sosio ekonomi secara
keseluruhannya berada pada tahap yang terbaik dalam sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan.