Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
246) BUKIT FRASER
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk membangunkan industri pelancongan di Bukit Fraser?
- Kerajaan Negeri telah menjalankan aktiviti membangunkan industri pelancongan di Bukit Fraser dengan menganjurkan pelbagai aktiviti dan acara yang dapat menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara bagi menyertai acara seperti berikut :
- Menganjurkan program berbasikal “King of Mountain” daripada Kuala Kubu Bharu ke Bukit
- Menganjurkan program dan pakej “Birding” “Wings of KKB”.
- Menyediakan pakej-pakej yang melibatkan Rumah Sri Berkat di Bukit Fraser.
- Menyediakan maklumat tentang Bukit Fraser di dalam buku panduan pelancongan yang dihasilkan oleh Tourism Selangor iaitu Selangor Breakaway dan Selangor Fun
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan bangunan milikan Kerajaan Negeri yang terbiar atau berkeadaan teruk di Bukit Fraser?
- Kerajaan Negeri mempunyai 2 bangunan milikan Kerajaan Negeri Selangor di Bukit Fraser iaitu Rumah Rehat Sri Berkat dan The Gap. Kedua-dua bangunan ini mempunyai sejarah dan keunikan yang
Bagi Rumah Rehat Sri Berkat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 825,445.48 bagi kerja-kerja menaik taraf keseluruhan bangunan Rumah Rehat Sri Berkat dan telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2012.
Manakala bagi Rumah The GAP, kerja-kerja menaik taraf bagi Fasa 1 telah selesai dijalankan pada tahun 2010 melalui peruntukan telah disalurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Walau bagaimanapun, peruntukan ini adalah tidak mencukupi untuk membaiki sepenuhnya Bangunan The Gap. Oleh
yang demikian, sebagai langkah alternatif, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah membuat tawaran tender awam kerja-kerja menaik taraf bangunan tersebut.