Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

5) BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD (BBGC)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pengurusan BBCG?

    Bil    
    1. Ahli Lembaga Pengarah Y.B            Dato’ Sulaiman Noordin bin Pegawai Kewangan Negeri Selangor
    Tuan Mohd Azizi bin Mohd Zain Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang
    Tuan Tukiman bin Nail Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor
    Tuan Ahmad Mohd Saad Zaharin bin Pegawai Daerah Hulu Selangor
    Y.B Amirudin bin Shari Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves
    Tuan Edlin bin Ghazaly Peguam
    Tuan Amirul Azizan bin Abd Rahim Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Belanjawan)
    2. Pemegang Saham Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) – 100%
    3. Pengurusan BBGC The Mines Golf Excellence (Perjanjian Pembangunan 5 tahun)

     

    Bil    
        Pengurus Kewangan
  2. Siapakah pemilik tanah operasi BBGC?

    Pemilik asal tanah operasi BBGC adalah Europlus Corporation Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Talam Berhad.

    Proses penukaran nama dari Europlus Corporation Sdn Bhd kepada BBGC telah di selesaikan melalui proses Adjudikasi dan pembayaran duti ad-valorem pada bulan Oktober 2013 di mana pemilik semasa tanah BBGC adalah Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad (Borang 14 A bertarikh 17 Oktober 2012).

  3. Apakah status semasa Syarikat Berhad ini?

    BBGC adalah anak syarikat penuh MBI melalui Perjanjian Penyelesaian Hutang yang telah ditandatangani pada 27hb Disember 2007 di antara Venue Venture Sdn Bhd (VVSB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan kedua pada 15 Ogos 2008 di antara PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.