Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

239) BUFFER ZONE DI TEPI LAUT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jarak rizab dan buffer zone di tepi laut ?

    Sebarang pembangunan di tepi laut hendaklah mengikut garis panduan Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu jarak buffer zone 400 meter bagi pantai berlumpur dan berbakau manakala 60 meter bagi pantai berpasir dan berbatu.

     

  2. Adakah tindakan di ambil untuk mengekalkan buffer zone di Assam Jawa, Bukit Melawati ?

    Tindakan yang boleh diambil ialah dengan cara:

    1. Pengambilan balik tanah PKPS yang telah dijadikan kolam ternakan udang harimau.
    2. Mengembalikan semula aliran pasang surut air laut di kawasan terlibat dengan menimbus kolam-kolam udang dan kawasan kilang memproses udang serta kawasan sekitarnya.
    3. Menanam semula pokok paya bakau mengikut zon dan spesies yang betul. Penggunaan anak tabung pokok bakau adalah disyorkan dalam tindakan pemuliharaan kawasan tersebut sebagai kawasan hutan bakau sebagaimana asalnya.
  3. Adakah tindakan diambil untuk tanam balik bakau yang di musnahkan di kawasan Assam Jawa?

    Pada masa ini, kawasan hutan Taman Alam Kuala Selangor yang telah di ceroboh sahaja telah ditanam semula dengan pokok bakau oleh pihak pengusaha kolam udang.

Lampiran

Tiada Lampiran.