Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

75) BUDGET PELUPUSAN SAMPAH DOMESTIK KEPADA KDEB

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan pelupusan sampah tahun 2022 kepada KDEB untuk Dun Meru?

  2. Berapakah syarikat sampah dan bilangan aset serta zon operasi kontraktor di Meru secara detail?

    Bagi kawasan Meru, KDEB Waste Management telah melantik empat (4) syarikat melalui proses tender terbuka bagi melaksanakan kerja-kerja kutipan sisa pepejal domestik.

    Bagi memastikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik dapat dilaksanakan dengan sistematik mengikut jadual yang telah ditetapkan, kawasan Meru telah dibahagikan kepada empat (4) zon perkhidmatan. Operasi kutipan di setiap zon perkhidmatan ini dikendalikan oleh satu (1) syarikat yang masing-masing menggunakan satu (1) lori kompaktor.

    Secara puratanya, kawasan Meru menjana sebanyak 70 tan metrik sampah sehari yang memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) trip kutipan setiap hari.

    Butiran zon perkhidmatan, kawasan kutipan serta bilangan aset bagi kutipan sisa pepejal domestik di kawasan Meru adalah seperti berikut:

  3. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah peruntukan pelupusan sampah ini selaras dengan peningkatan penduduk Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.