Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

67) BUDAYA INOVASI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah KNS mempunyai program khusus bagi memupuk budaya inovasi di kalangan masyarakat di Selangor? sila nyatakan.

    Ya, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai program khusus bagi memupuk budaya inovasi di kalangan masyarakat di Selangor dan direalisasikan melalui Seksyen Pembudayaan Inovasi, Bahagian Korporat bagi menggalakkan percambahan budaya inovasi dalam kalangan warga Negeri Selangor.  Antara program-program dan insentif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan ialah:-

    1. Program Jejak Inovasi – Bazar Inovasi

    Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Korporat bersekali dengan penganjuran Hari Bertemu Pelanggan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun ini, program ini telah dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Baru pada 26 Februari 2017 (Ahad) bersama dengan Hari Bertemu Pelanggan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bersempena dengan Kejohanan Le Tour de Langkawi Peringkat Lima yang diadakan di lokasi yang sama.

    Program Jejak Inovasi ini diperkenalkan dengan hasrat untuk mempromosi dan memperkenalkan hasil-hasil dan produk-produk inovasi daripada orang perseorangan, belia, pertubuhan, institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan.  Antara pengisian di sepanjang program berlangsung ialah seperti pameran dan pertunjukan hasil / produk inovasi, jualan hasil inovasi, pertandingan mewarna inovasi dan pelbagai pengisian lain.

    1. Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor

    Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor adalah khusus bagi semua jabatan / agensi kerajaan di Negeri Selangor.  Program ini dianjurkan bertujuan untuk :-

    • Melahirkan warga kerja yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan inovasi;
    • Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru serta menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai ( value creation );
    • Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi dan mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan; dan
    • Membolehkan organisasi menghasilkan satu (1) sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan.
    1. Anugerah Inovasi Negeri Selangor ( AINS)

    Anugerah Inovasi Negeri Selangor ( AINS ) mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan merupakan gabungan antara Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (diperkenalkan mulai tahun 2010) dan Program Cabaran My Innovation (diperkenalkan pada tahun 2014) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi ( IPT ) dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor. Antara objektif program ini adalah untuk:

    1. Mengumpul maklumat produk / hasil inovasi;
    2. Mempromosi dan menonjolkan produk / hasil inovasi oleh segenap lapisan masyarakat;
    3. Memberikan pengiktirafan kepada produk / hasil inovasi terbaik sebagai bentuk galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti; dan
    4. Memupuk, membudaya dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam pekerjaan dan persekitaran masyarakat di Negeri Selangor.

    Pertandingan dipecahkan kepada enam ( 6 ) kategori iaitu

    • Kategori Sektor Awam (Pejabat Daerah dan Tanah/ Pihak Berkuasa

    Tempatan/ Agensi-Agensi Lain) ii.            Kategori Sektor Swasta

    1. Kategori Akar Umbi
    2. Kategori Sekolah
    3. Kategori Institusi Pengajian Tinggi ( IPT )
    4. Kategori Idea Asal / Prototaip Terbaik

    Hadiah dan ganjaran bagi Kategori Sektor Awam (Pihak Berkuasa Tempatan / Pejabat Daerah dan Tanah / Agensi-Agensi Lain), Sektor Swasta dan Sektor IPT adalah seperti berikut:-

    BIL TEMPAT  HADIAH
    1 Hadiah Utama RM 10,000.00, Piala dan Sijil Penghargaan
    2 2 Hadiah Penghargaan RM 5,000.00 dan Sijil Penghargaan
    3 Saguhati Sijil Penghargaan

    Manakala hadiah dan ganjaran bagi Kategori Akar Umbi, Sekolah dan Idea Asal / Prototype Terbaik adalah seperti berikut:-

    BIL TEMPAT  HADIAH
    1 Johan RM 5,000.00, Piala dan Sijil Penghargaan
    2 2 Hadiah Penghargaan RM 2,500.00 dan Sijil Penghargaan
    3 Saguhati Sijil Penghargaan
  2. Apakah bentuk aktiviti/program keutamaan Inovasi yang dilaksanakan?

    Bentuk aktiviti / program keutamaan inovasi yang dilaksanakan sepertimana di atas merangkumi pelbagai aspek seperti di bawah:

    BENTUK AKTIVITI / PROGRAM NAMA PROGRAM
    Pertandingan / Penganugerahan •      Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri

    Selangor

    •      Anugerah Inovasi Negeri Selangor

    Pameran •      Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri

    Selangor

    •      Anugerah Inovasi Negeri Selangor

    •      Program Jejak Inovasi – Bazar

    Inovasi

    Rundingcara  Program Jejak Inovasi – Bazar

    Inovasi

    Jualan hasil inovasi  Program Jejak Inovasi – Bazar

    Inovasi

  3. Kumpulan sasaran manakah yang diberikan tumpuan? contoh suri rumah dan lainlain

    Program – program inovasi yang dirancang dan dilaksanakan menumpukan kepada kumpulan sasaran yang berbeza, berdasarkan kesesuaian program sepertimana berikut :

    AKTIVITI / PROGRAM KUMPULAN SASARAN
    Program Jejak Inovasi – Bazar Inovasi •      Komuniti setempat

    •      Penggiat inovasi

    Majlis     Persada    Inovasi     Perkhidmatan

    Awam Negeri Selangor

               Agensi       sektor      awam       Negeri

    Selangor

    Anugerah Inovasi Negeri Selangor •      Agensi           sektor awam Negeri

    Selangor

    •      Agensi           sektor swasta             Negeri

    Selangor

    •      InstItusi Pengajian Tinggi di Negeri

    Selangor

    •      Sekolah di Negeri Selangor

    •      Komuniti        /           masyarakat             Negeri

    Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.