Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

172) BORANG LALU IZIN DUN MERU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan lalu izin yang diterima sejak tahun 2018 sehingga kini dan berapa yang telah disiapkan dan berapa yang masih lagi belum diluluskan?

    Permohonan izin lalu yang diterima oleh Pejabat Dearah dan Tanah (PDT) Klang bagi tempoh 2018 hingga 28 Februari 2023 adalah berjumlah 410 permohonan.

    Untuk makluman, sebanyak 387 permohonan telah diambil tindakan dengan melakukan siasatan, semakan serta laporan bagi mengenalpasti kesahihan permohonan, status tanah dan skop kerja yang diperlukan. Permohonan-permohonan ini telah dan sedang dilaksanakan, manakala baki 23 permohonan telah ditolak kerana terdapat masalah status tanah atau luar bidang kuasa PDT Klang. Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 48 merupakan permohonan dari DUN Meru iaitu 47 permohonan telah dan sedang dilaksanakan, dan hanya satu (1) permohonan ditolak.

    Permohonan-permohonan yang layak akan didaftarkan dalam sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi pelaksanaan menggunakan peruntukan tabung tersebut atau dipanjangkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sekiranya kriteria skop kerja tidak layak menggunakan peruntukan MARRIS.

  2. Berapakah peruntukan setahun untuk setiap DUN bagi permohonan lalu izin?

    Tiada peruntukan dikhaskan untuk setiap DUN bagi permohonan izin lalu kerana pelaksanaan setiap permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan senarai yang didaftarkan di dalam sistem MARRIS atau dilaksanakan sendiri oleh pihak KKDW.

Lampiran

Tiada Lampiran.