Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
229) BONUS HARI RAYA KERAJAAN SELANGOR 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan bayaran bonus kepada penjawat awam Kerajaan Selangor tahun ini?
Jumlah keseluruhan Bayaran Imbuhan Tahunan Aidilfitri 1435H/2015 kepada semua kakitangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor melalui sistem gaji berkomputer adalah sebanyak RM28,280,988.94. Pembayaran Imbuhan Tahunan ini dibayar pada 9 Julai 2015 kepada 17,534 orang anggota yang berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk berikan bonus sempena perayaan selain Aidilfitri?
Pemberian bonus selain perayaan Aidilfitri oleh Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada peruntukan tahun semasa dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).