Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

161) BOLEHKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENGANTIKAN KAWASAN PEKUBURAN BARU DI KAWASAN PERKUBURAN BARU SUNGAI SIREH.

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kawasan perkuburan KG Sungai Sireh telah digunakan untuk menanam pesakit-pesakit COVID pada masa yang lepas menjadikan kawasan tersebut telah di penuhi,saya ingin bertanya apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengantikan kawasan perkuburan baru kepada penduduk Kampung Sungai Sireh?

    Setakat ini Kerajaan Negeri tidak merancang untuk membuat penggantian perkuburan baru Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Sireh, Selat Klang kerana tanah sejumlah 16 ekar sedia ada mampu menampung 12,000 jenazah dengan ratio kematian 120 par 1 tahun. Hanya seramai 212 jenazah yang meninggal dunia kerana COVID-19 dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan

Lampiran

Tiada Lampiran.