Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
30) BOLASEPAK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkara sebenar yang berlaku dalam pasukan bolasepak Selangor
Pasukan bola sepak Negeri Selangor mengalami kemunduran prestasi sebelum ini namun telah bangkit semula dan berjaya berada di final piala Malaysia 2016 untuk misi ke-34. Menjadi perkara biasa dalam sukan berlaku kemunduran ini disebabkan proses „periodization‟ dalam persediaan sesebuah pasukan pemain juga mengalami keletihan dan kecederaan disebabkan jadual yang amat padat termasuk terpaksa mengharungi tambahan pertandingan iaitu piala juara-juara AFC yang memerlukan pemain terpaksa mengharungi perjalanan yang
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa percaturan teknikal dan taktikal yang kurang berkesan juga telah menyebabkan pasukan ini dilihat tidak mampu bersaing pada pertengahan musim dan meletakkan pasukan ini di kedudukan pertengahan dalam Liga Super 2016. Oleh itu, tindakan melepaskan jawatan Ketua Jurulatih dan menyerahkan sementara kepada Penolong Jurulatih dilihat memberi impak yang baik kepada pasukan dan hasilnya berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2016.
-
Jelaskan bagaimana kerajaan mengatasi masalah ini supaya bolesepak Selangor terus cemerlang
Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha untuk meningkatkan prestasi pasukan Bola Sepak Selangor ini dan akan membuat rombakan kepada pasukan ini sebagai persiapan untuk musim hadapan. Persaingan yang sengit dalam Liga Super memerlukan Kerajaan Negeri mempertimbangkan strategi yang lebih berkesan untuk memantapkan pasukan dan mencari bakat-bakat baru yang boleh
Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah akademi bola sepak bagi melahirkan pemain-pemain yang lebih profesional dan berkaliber untuk diketengahkan dalam mengharungi musim-musim yang mendatang.
-
Bagi tahun 2016 berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan
Sehingga Julai, 2016 ialah sebanyak RM,870.000.00.