Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
40) BOLASEPAK
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah faktor yang menyebabkan prestasi bolasepak Negeri kurang menyerlah di peringkat Liga Malaysia pada masa ini?
Buat masa ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) menjalankan semua program termasuk penyediaan pasukan Liga Super secara bersendirian dan tidak melibatkan Kerajaan Negeri Selangor.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak mempunyai hak dan akses untuk menasihat, memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan Liga Super.
Dengan itu, Kerajaan Negeri hanya boleh membantu pasukan PKNS FC sahaja.
-
Nyatakan usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi mengembalikan kecemerlangan bolasepak Selangor.
Selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor agar Kerajaan Negeri Selangor dapat mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk merangka satu pendekatan bagi mewujudkan satu program pembangunan sukan bola sepak yang lebih berstruktur dan sistematik untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan bola sepak di Negeri Selangor.
Majlis Sukan Negeri Selangor telah mewujudkan program pembangunan bola sepak Negeri Selangor yang dinamakan Akademi Bola sepak Merah Kuning (ABMK). Program ini dijalankan di setiap daerah di Negeri Selangor. Mereka yang terbaik kemudian akan dipilih ke sekolah-sekolah sukan negeri dan negara. Pemain lepasan sekolah kemudiannya akan dipilih dan ditempatkan di Kompleks ABMK di Puncak Alam untuk menjalani latihan dan menyertai pertandingan yangdianjurkan oleh FAM
Majlis Sukan Negeri Selangor juga telah melantik seorang jurulatih Bola sepak dari Panel Jurulatih Akademi Ajax Amsterdam bagi membentuk satu model latihan yang sistematik dan terkini serta melatih pemain elite di ABMK.
-
Apakah kriteria yang diguna pakai bagi mencari jurulatih yang berkaliber?
Antara kriteria bagi mencari jurulatih berkaliber adalah seperti berikut:-
- Berkelayakan dan mempunyai sijil sains sukan dan sijil spesifikasi sukan yang diiktiraf oleh persatuan kebangsaan dan Majlis Sukan
- Berpengalaman sebagai pemain merupakan ‘added value’ dalam kriteria mencari jurulatih.