Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
138) BLUEPRINT SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah Kerajaan Negeri merangka Blueprint 2011-2013 yang tidak selaras dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) 2011-2015?
Berdasarkan laporan bancian yang dibuat oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga 30 Oktober 2010 masih terdapat seramai 4,073 keluarga setinggan di Negeri Selangor yang belum dipindahkan ke penempatan baru atau diselesaikan. Majlis Perbandaran Klang (MPK) mencatat bilangan setinggan paling tinggi di atas tapak iaitu seramai 1,318 keluarga, diikuti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 1,075 keluarga, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 348 keluarga, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 337 keluarga, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 331 keluarga, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 256 keluarga dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 173 keluarga. Manakala PBT-PBT lain menunjukkan bilangan yang lebih kecil iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 112 keluarga, Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 103 keluarga, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 12 keluarga dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 8 keluarga. Tiada lagi penempatan setinggan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Walau bagaimanapun, PBT berkenaan sedang menumpukan program pemindahan semula bekas setinggan yang menghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang dan PPR Kota Damansara ke projek rumah kos rendah.
-
Apakah Blueprint ini mengambil kira faktor pilihan raya yang akan berlaku akhirnya pada 2013?
Strategi Kerajaan Negeri dalam melaksanakan penyelesaian setinggan baru dengan mengamalkan situasi “menang-menang” tanpa melibatkan sebarang kekasaran atau kes mahkamah. Operasi perobohan hanya akan dibuat selepas perbincangan dan persetujuan dicapai antara pihak setinggan dan Kerajaan Negeri. Setinggan tersebut akan diberi pilihan untuk berpindah secara sukarela dengan ditawarkan mana-mana rumah kos rendah yang berdekatan atau tinggal di tapak selagi tiada keperluan pembangunan ke atas tapak tersebut.
Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang bentuk pampasan kepada keluarga setinggan baru tetapi sebarang tindakan penyelesaian yang dibuat akan mengambil kira tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh mereka kepada Kerajaan Negeri.