Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
49) BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor (BBPKNS) diwujudkan bertujuan membantu golongan sasar berdikari dan menambah baik perusahaan atau bidang tertentu yang telah diusahakan bagi menambah pendapatan sedia ada. Apakah syarat-syarat memohon BBPKNS?
Bantuan “Blueprint Pembasmian Kemiskinan” Negeri Selangor (BBPKNS) diwujudkan bertujuan membantu golongan sasar yang berpendapatan di bawah RM 1,500.00 yang mempunyai perniagaan sendiri. Pemohon- pemohon yang ingin memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
Pendapatan isi rumah RM 1,500.00 dan ke bawah;
Menetap di Negeri Selangor (sekurang-kurangnya lima (5) tahun);
Mempunyai lesen perniagaan yang sah; dan
Telah memulakan perniagaan atau perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun
-
Senaraikan perusahaan atau bidang tertentu yang layak memohon?
Buat masa sekarang, perusahaan atau bidang yang layak memohon adalah seperti berikut:
Jahitan;
Perniagaan makanan;
Perniagaan runcit; dan
Perusahaan kecil.
Perusahaan atau bidang ini akan diperluaskan lagi pada tahun 2014 nanti bagi membantu para penjaja yang terlibat dalam bidang lain.
-
Sejauh manakah kejayaan BBPKNS dan senaraikan mereka yang telah menerima bantuan mengikut kawasan Dewan Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri membantu memberi peralatan atau mesin yang diperlukan oleh pemohon untuk memajukan perusahaan sedia ada mereka. Didapati
bahawa penerima bantuan ini yang menggunakan bantuan ini secara berhemah telah membuahkan hasil yang baik.
Sehingga kini seramai 2,431 orang telah menerima bantuan “Blueprint Pembasmian Kemiskinan”. Kerajaan Negeri akan mengedarkan senarai penerima kepada Yang Berhormat dalam tempoh yang terdekat. Walau bagaimanapun, pengagihan bantuan adalah mengikut daerah.