Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

98) BLUEPRINT DENGGI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah blueprint menghapus Denggi akan dihebahkan dan diimplimentasikan di seluruh Selangor?

    Blueprint Menangani Wabak Demam Denggi Peringkat Negeri Selangor sedang dalam peringkat semakan akhir sebelum ianya dapat digunapakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  2. Apakah kandungan utamanya?

    Kandungan utama yang terdapat di dalam Blueprint Menangani Wabak Demam Denggi adalah tindakan serta-merta yang perlu dilaksanakan oleh PBT Negeri Selangor apabila punca-punca pembiakan Aedes telah dikenal pasti. Berikut adalah senarai tindakan yang terkandung di dalam draf Blueprint tersebut:

    • Tatacara pelaksanaan Program Smart Tapak Bina Negeri Selangor; ii. Tatacara pembersihan tanah lapang, lot kosong dan premis terbiar milik persendirian;
    • Tatacara penguatkuasaan bangunan tanpa kebenaran di atas tanah awam;
    • Tatacara pemeriksaan premis barang lusuh; v. Tatacara pemeriksaan lorong belakang; vi. Tatacara tindakan kompaun bagi kawalan wabak denggi;
    • Tatacara prosedur operasi bagi penyelesaian permasalahan di bangunan berstrata;
    • Garis Panduan Cari dan Musnah Denggi dalam 10 minit; dan ix. Garis Panduan Unit Tindakan Khas Denggi Negeri Selangor (UTKD).
  3. Apakah kajian yang telah dijalankan bagi menghasilkan "blueprint" tersebut?

    Dalam proses penyediaan blueprint ini, satu kajian bagi tujuan mengenal pasti punca-punca berlakunya wabak denggi telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Kajian tersebut telah mengenal pasti punca-punca berlakunya wabak, seterusnya mencadangkan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi punca-punca tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.