Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

185) BINGKAS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menilai semula tempoh bantuan BINGKAS daripada 2 tahun kepada 1 tahun supaya lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat menikmati bantuan BINGKAS ini?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri mengekalkan tempoh pemberian bantuan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) selama 24 bulan. Penentuan tempoh ini adalah berasaskan kajian Bank Dunia mengenai keberkesanan pelaksanaan intervensi program bantuan kewangan dalam tempoh selama 18

  2. Bolehkah kuota setiap DUN dipertimbangkan untuk ditambah jumlah penerima bantuan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sasaran Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor Bingkas (BINGKAS) adalah untuk membantu  30,000  keluarga di Negeri Selangor berdasarkan belanjawan tahunan berjumlah RM108 juta setahun.   Bagi penambahbaikan polisi BINGKAS, Kerajaan Negeri juga telah menyemak dan menetapkan kuota baharu berdasarkan bilangan pengundi berdaftar Negeri Selangor Tahun 2024 seperti berikut:

     

    Bil Kategori Jumlah Pengundi Berdaftar Kuota Penerima Per DUN Bilangan DUN
    1 Pengundi bawah 50,000 326 17
    2 Pengundi 50,000 – 75,000 489 16
    3 Pengundi 75,000 – 100,000 652 16
    4 Pengundi atas 100,000 815 7

Lampiran

Tiada Lampiran.