Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

376) BINGKAS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk meningkatkan jumlah penerima BINGKAS bagi tahun 2024?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan jumlah penerima bagi program BINGKAS bagi tahun 2024 berdasarkan peruntukan berjumlah RM108 juta atau 30,000 penerima manfaat yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Selangor.

  2. Berapakah jumlah penerima dan jumlah peruntukan bagi BINGKAS 2023 terutama di DUN Morib?

    Berikut jumlah penerima dan jumlah peruntukan bagi BINGKAS tahun 2023 bagi DUN Morib. Jumlah peruntukan sebulan adalah berdasarkan jumlah penerima darab amaun pemberian bulanan sebanyak RM300.

     

    Dun

    Jumlah Penerima

    2023

    (No.)

    Jumlah

    Peruntukan Sebulan

    (RM)

    Jumlah Keseluruhan Peruntukan 2023

    (RM)

    N53 Morib

    337

    101,100

    1,213,200

Lampiran

Tiada Lampiran.