Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

269) BINGKAS

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapa jumlah keluarga yang diluluskan untuk mendapat BINGKAS. Sila juga nyatakan keperincian iaitu mengikut daerah, kaum dan jantina ketua isu rumah tangga.

    Jumlah keluarga yang diluluskan untuk program BINGKAS setakat 28 Februari 2023 adalah sebanyak 25,339 keluarga.

    Jumlah penerima mengikut daerah adalah seperti berikut:

    1. Sabak Bernam : 1136 penerima
    2. Hulu Selangor : 1348 penerima
    3. Kuala Selangor : 1374 penerima
    4. Gombak : 2817 penerima
    5. Hulu Langat : 5173 penerima
    6. Petaling : 6104 penerima
    7. Klang : 4820 penerima
    8. Kuala Langat : 1027 penerima
    9. Sepang : 1344 penerima

    Jumlah penerima bagi kaum Melayu adalah sebanyak 16,787 orang (66.25%), kaum Cina adalah sebanyak 1,468 orang (5.79%), kaum India adalah sebanyak 6,365 orang (25.12%), dan lain-lain kaumsebanyak 719 orang (2.84%).

    Jumlah ahli mengikut jantina ketua isi rumah terdiri daripada jantina Lelaki sebanyak 4,190 orang (16.54%) manakala jantina Perempuan sebanyak 21,149 orang (83.46%).

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan menambahkan jumlah keluarga yang akan dapat bantuan BINGKAS untuk tahun 2023?

    Pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan Soalan No. 105 oleh Yang  Berhormat Kota Damansara berkaitan tajuk yang sama.

    Kerajaan Negeri telah menaikkan sebanyak 5,000 kuota baharu bagi jumlah keseluruhan kuota Program BINGKAS kepada 30,000 penerima berbanding kuota bagi Program KISS sebelum ini sebanyak 25,000 penerima.

    Pecahan kuota bagi setiap DUN adalah ditetapkan berdasarkan jumlah terkini pengundi di kawasan DUN mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diwartakan pada 17 Januari 2022. Pembahagian kuota adalah seperti berikut: –

    1. DUN yang mempunyai bilangan pengundi bawah 50,000 pengundi akan menerima sebanyak 337 kuota penerima;
    2. DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 50,001 hingga 75,000 pengundi akan menerima sebanyak 506 kuota penerima;
    3. DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 75,001 hingga 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 674 kuota penerima; dan
    4. DUN yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 843 kuota penerima.

    Sehubungan itu, dengan pertambahan kuota baharu sebanyak 5,000 penerima, Kerajaan Negeri pada ketika ini masih mengekalkan kuota semasa bagi program BINGKAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.