Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
105) BINGKAS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan merancang untuk menambah kuota peruntukan DUN memandangkan jumlah permohonan terlalu ramai di kalangan B40?
Pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan Soalan No. 269 (b) oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan berkaitan tajuk yang sama.
Kerajaan Negeri telah menaikkan sebanyak 5,000 kuota baharu bagi jumlah keseluruhan kuota Program BINGKAS kepada 30,000 penerima berbanding kuota bagi Program KISS sebelum ini sebanyak 25,000 penerima.
Pecahan kuota bagi setiap DUN adalah ditetapkan berdasarkan jumlah terkini pengundi di kawasan DUN mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diwartakan pada 17 Januari 2022. Pembahagian kuota adalah seperti berikut: –
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi bawah 50,000 pengundi akan menerima sebanyak 337 kuota penerima;
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 50,001 hingga 75,000 pengundi akan menerima sebanyak 506 kuota penerima;
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 75,001 hingga 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 674 kuota penerima; dan
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 843 kuota penerima.
Sehubungan itu, dengan pertambahan kuota baharu sebanyak 5,000 penerima, Kerajaan Negeri pada ketika ini masih mengekalkan kuota semasa bagi program BINGKAS.