Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

42) BINGKAS

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menilai semula bantuan BINGKAS RM300/sebulan kepada RM200 sebulan supaya lebih ramai rakyat yang boleh menikmati bantuan BINGKAS ini.

    Sebagai sebuah kerajaan yang cakna mengenai isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat, penerima program BINGKAS akan menikmati manfaat kadar pemberian sebanyak RM3,600 setahun atau RM300.00 setiap bulan, iaitu peningkatan RM100.00 berbanding Program KISS dengan pemberian bulanan sebanyak RM200.00 sebelum ini.

    Mulai 1 Julai 2022, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pertambahan kuota bilangan penerima keseluruhan bagi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dari 25,000 penerima kepada 30,000 penerima.

    Sehubungan itu, dengan pertambahan kuota baharu sebanyak 5,000 penerima, Kerajaan Negeri pada ketika ini masih mengekalkan kuota semasa bagi program BINGKAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.