Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

170) BINGKAS

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan keseluruhan program BINGKAS?

    Sehingga 31 Oktober 2022, jumlah permohonan ialah sebanyak 39,922 orang (jumlah permohonan diluluskan + jumlah permohonan ditolak).

  2. Berapakah permohonan BINGKAS ditolak dan dilulus mengikuti DUN?

    Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Pertanyaan ini telah dijawab bersekali dengan Soalan No. 36 Yang Berhormat Tuan Mohd Sany Bin Hamzan (N15 Taman Templer) berkaitan tajuk yang sama.

    Kerajaan Negeri telah menaikkan sebanyak 5,000 kuota baharu bagi jumlah keseluruhan kuota Program BINGKAS kepada 30,000 penerima berbanding kuota bagi Program KISS sebelum ini sebanyak 25,000 penerima.

    Pecahan kuota bagi setiap DUN adalah ditetapkan berdasarkan jumlah terkini pengundi di kawasan DUN mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diwartakan pada 17 Januari 2022. Pembahagian kuota adalah seperti berikut: –

    1. DUN yang mempunyai bilangan pengundi bawah 50,000 pengundi akan menerima sebanyak 337 kuota penerima;
    2. DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 50,001 hingga 75,000 pengundi akan menerima sebanyak 506 kuota penerima;
    3. DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 75,001 hingga 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 674 kuota penerima; dan
    4. DUN yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 843 kuota penerima.

    Sehubungan itu, dengan pertambahan kuota baharu sebanyak 5,000 penerima, Kerajaan Negeri pada ketika ini masih mengekalkan kuota semasa bagi program BINGKAS.

  3. Adakah kerajaan akan memberi penambahan atas bilangan BINGKAS?

Lampiran

Tiada Lampiran.