Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

251) BINGKAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan BINGKAS 2025 yang berjaya di DUN Semenyih?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Jumlah permohonan BINGKAS di DUN Semenyih setakat 7 Februari 2025 mengambil kira permohonan dibuka semula pada 1 Februari 2025 adalah sebanyak 407 permohonan di mana penerima sedia ada sehingga 31 Januari 2025 adalah seramai 815 penerima. Daripada 815 penerima BINGKAS tersebut seramai 76 adalah penerima kekal manakala baki seramai 739 adalah merupakan penerima baharu yang diluluskan pada tahun 2024. Bagi DUN Semenyih, kuota yang telah diperuntukkan adalah sebanyak 815 penerima. Oleh yang demikian, tiada permohonan daripada 407 permohonan tahun 2025 yang diterima tersebut dapat diproses kerana kuota sedia ada telah penuh.

  2. Berapakah jumlah penerima yang baru, penerima yang kekal dan penerima yang tidak berjaya bagi tahun 2025?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Jumlah permohonan BINGKAS di DUN Semenyih setakat 7 Februari 2025 mengambil kira permohonan dibuka semula pada 1 Februari 2025 adalah sebanyak 407 permohonan di mana penerima sedia ada sehingga 31 Januari 2025 adalah seramai 815 penerima. Daripada 815 penerima BINGKAS tersebut seramai 76 adalah penerima kekal manakala baki seramai 739 adalah merupakan penerima baharu yang diluluskan pada tahun 2024. Bagi DUN Semenyih, kuota yang telah diperuntukkan adalah sebanyak 815 penerima. Oleh yang demikian, tiada permohonan daripada 407 permohonan tahun 2025 yang diterima tersebut dapat diproses kerana kuota sedia ada telah penuh.

  3. Adakah Kerajaan bercadang untuk menambah bilangan penerima BINGKAS 2025 bagi DUN Semenyih?

    Kerajaan Negeri sentiasa memastikan bantuan BINGKAS adalah   seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar melalui pembahagian kuota yang saksama mengikut populasi di lokaliti tersebut. Pihak Kerajaan Negeri juga sentiasa memantau dan meneliti sebarang keperluan tambahan kuota bilangan penerima BINGKAS bagi setiap DUN yang akan dilaksanakan secara kerjasama dengan Pusat Khidmat DUN / Penyelaras DUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.