Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

1) BINGKAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan prestasi perbelanjaan penerima Bingkas bagi DUN Bukit Lanjan mengikut bulan bagi tahun 2024.

    Terdapat limitasi dalam memperoleh data perbelanjaan daripada Januari sehingga Jun 2024 disebabkan terdapat perubahan gerbang pembayaran e-wallet BINGKAS. Walau bagaimanapun, berikut merupakan jumlah perbelanjaan dari bulan Julai 2024 sehingga Disember 2024:

    BIL. BULAN JUMLAH TRANSAKSI (NO.) JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
    1 Julai 2,262 166,837.44
    2 Ogos 2,260 172,339.54
    3 September 1,577 120,844.46
    4 Oktober 1,798 140,077.81
    5 November 2,403 169,467.29
    6 Disember 2,353 169,528.60
    Jumlah Keseluruhan 12,653 939,095.14
  2. Apakah mekanisme pemantauan yang dilaksanakan untuk memastikan keberkesanan bantuan BINGKAS?

    Bagi memastikan pelaksanaan program BINGKAS yang berkesan, Kerajaan Negeri melaksanakan mesyuarat bersama agensi pelaksana iaitu Selcare dan libat urus bersama pusat khidmat masyarakat secara berkala bagi mengetahui isu-isu yang berlaku sepanjang pelaksanaan dan berbincang solusi bagi memberikan perkhidmatan yang baik kepada penerima. Selain pemantauan secara masa nyata (real-time) menerusi papan pemuka Selangkah, pihak agensi pelaksana juga dikehendaki menghantar laporan pelaksanaan termasuk aduan yang diterima dari semasa ke semasa.

  3. Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan peruntukan BINGKAS dibelanjakan secara optimum oleh penerima untuk tujuan yang disasarkan?

    Bagi memastikan keberkesanan bantuan BINGKAS serta peruntukan dibelanjakan secara optimum oleh penerima BINGKAS, bermula Julai 2024 Kerajaan Negeri melaksanakan polisi sifar baki iaitu baki manfaat tidak boleh dibawa ke bulan hadapan. Hal ini bermaksud, penerima perlu menggunakan sepenuhnya manfaat RM300 dalam bulan yang sama bagi membeli keperluan harian. Kerajaan Negeri juga membuat pemantauan perbelanjaan penerima menerusi laporan butiran Stock Keeping Unit (SKU) barang perbelanjaan. Menerusi langkah ini, Kerajaan Negeri dapat menilai trend penggunaan penerima manfaat agar peruntukan dibelanjakan secara optimum untuk tujuan yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.