Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
43) BINATANG LIAR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah haiwan seperti monyet, anjing liar telah dibangkitkan banyak kali. Kerosakan tanaman-tanaman dan pencerobohan rumah-rumah amat ketara dan meningkat. Usaha-usaha yang digunakan tidak memberi kesan. Apakah kaedah-kaedah atau perancangan moden yg telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Seiring dengan pembangunan yang rancak di negeri Selangor ini, gangguan kera menunjukkan kadar peningkatan setiap tahun dan membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Kaedah-kaedah praktikal dan berhemah seiring dengan keperluan dan kehendak orang ramai telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN di samping memulihara spesies hidupan liar secara
Dalam memastikan spesies hidupan liar ini dipulihara secara lestari, pihak Jabatan bertanggungjawab mengambil sebarang tindakan yang praktikal bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat terpelihara dari sebarang ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Langkah-langkah pengurusan yang diambil oleh pihak Jabatan mengambil kira pelbagai faktor dan keperluan orang ramai yang pelbagai.
Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai usaha mitigasi bagi mengatasi dan mengurangkan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima setiap hari dengan kaedah-kaedah seperti pemantauan, pelupusan populasi secara terancang, tembak-halau dan tangkap-pindah. Tindakan penakaian (culling) ini adalah merupakan kaedah biasa yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar. Kaedah ini diguna pakai bagi mengawal populasi melalui pengurangan secara terkawal spesies konflik seperti kera di mana spesies ini menyumbang kepada aduan gangguan yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Ini bagi mengelakkan kelimpahan populasi spesies berkenaan yang boleh mendatangkan kemusnahan dan menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam.
Antara usaha-usaha strategi pengurusan konflik hidupan liar ini sebelum tindakan penakaian dijalankan adalah menerusi inventori menyeluruh populasi kera di kawasan yang bermasalah. Selain dari itu, pihak jabatan dari masa ke semasa mencuba kaedah keberkesanan pengawalan melalui rekaan-rekaan inovasi terutamanya reka cipta perangkap yang boleh digunakan untuk memerangkap bilangan kera dengan banyak di samping menjimatkan kos dan masa. Usaha dan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya dari masyarakat setempat melalui sesi-sesi dialog dan operasi bersama dengan agensi yang terlibat.
Dalam menangani gangguan hidupan liar ini, terdapat beberapa isu yang mempengaruhi pengurusan hidupan liar oleh pihak Jabatan PERHILITAN . Antaranya :
- Kehilangan dan pemencilan habitat di mana pembangunan pesat di Negeri Selangor telah mengakibatkan kemandirian spesies tersebut berada di habitat yang sesuai telah terjejas dan mengehadkan kawasan pemindahan hidupan liar oleh pihak Jabatan. Pihak Jabatan perlu mengambil kira keperluan had daya tampung kawasan tersebut sebelum tindakan pelepasan
- Sikap segelintir penduduk dan pelancong dimana telah menggalakkan lagi hidupan liar ini meminta makanan dari manusia dan menggalakkan kebergantungan haiwan ini kepada
- Pembuangan sampah yang tidak teratur yang menyebabkan kekotoran di sesuatu kawasan dan menarik perhatian serta menjadi sumber makanan kepada hidupan liar
- Tanah terbiar di mana kawasan ini akhirnya menjadi hutan dan tanah belukar seterusnya menjadi habitat yang sesuai kepada hidupan liar ini dan menjadi masalah kepada penduduk
- Kurangnya kerjasama dari pengadu untuk sama-sama memantau perangkap yang telah dipasang yang seterusnya meningkatkan risiko kecurian. Ini menjadi kekangan kepada Jabatan untuk meletakkan perangkap yang mencukupi di seluruh kawasan
- Sikap segelintir pencinta alam sekitar yang melepaskan semula hidupan liar yang diperangkap dalam perangkap telah menyebabkan gangguan di sekitar kawasan terlibat tidak dapat diselesaikan dengan segera dan ada kalanya menghalang kakitangan Jabatan menjalankan kaedah tembak mati sekiranya berlaku kes gangguan yang serius dan menjadi ancaman
- Setiap perancangan dan pembangunan yang dijalankan hendaklah mengambil kira komponen hidupan liar dalam perancangan projek pembangunan terutamanya yang melibatkan pembukaan kawasan hutan. Dengan mengambil kira komponen spesies hidupan liar tersebut, pihak
Jabatan boleh merencanakan tindakan menyelamat, pemindahan atau tindakan mitigasi untuk mengelakkan konflik hidupan liar.
Justeru itu, dengan pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak Jabatan bagi mengatasi masalah gangguan kera ini, kerjasama pelbagai pihak amatlah penting dalam menjaga kelestarian spesies hidupan liar ini di samping menjaga ketenteraman awam dan menjadi tanggungjawab kita bersama.