Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
191) BINAAN REMP ATAU BANGUNAN DI ATAS TANAH REZAB/PARIT/LONGKANG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak penguatkuasa PTD Klang dan MPK berhasrat untuk menguatkuasakan Akta 133 di Meru kepada peniaga/penduduk yang membina remp/bangunan sehingga menutup longkang/parit dan menjadikan aliran air tidak lancar sehinga menyebabkan longkang tersumbat dengan sampah dan antara punca banjir kilat?
Majlis Perbandaran Klang akan mengeluarkan notis di bawah Akta 133 terhadap premis yang membina ramp atau binaan tanpa kebenaran yang menyekat aliran air longkang. Sekiranya pemilik premis gagal mematuhi notis tersebut, pihak majlis akan mengambil tindakan lanjut selaras dengan akta tersebut.