Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
75) BINAAN PARIT TANAH KEPADA KONKRIT DENGAN SAIZ YANG LEBIH KECIL DARIPADA SAIZ ASAL DI JALAN TERATAI DAN JALAN KEPAYANG. ANTARA PUNCA KERAP BANJIR KILAT DI PERUMAHAN PEDUDUK JALAN TERATAI DAN PERKILANGAN KECIL DI JALAN KELEDANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah projek ini telah mendapat perhatian dan kelulusan Pejabat Tanah, MPK, JKR dan JPS?
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR
Untuk makluman, kawasan sekitar Jalan Teratai terletak di kawasan perindustrian dimana tidak terdapat rezab parit sediada. Maka, semasa permohonan pembangunan oleh pemaju kilang ini, disyaratkan penyerahan rezab parit kepada kerajaan oleh pemaju. Pengilang ini turut disyaratkan untuk menaiktaraf parit tanah sediada kepada parit konkrit. Pada masa kini, keadaan semasa di tapak adalah gabungan parit tanah dan konkrit. Selain itu, jajaran sistem saliran yang berliku dan lintasan utiliti juga didapati merupakan punca kejadian banjir di Jalan Teratai. Walaupun kebanyakan projek dikawasan ini mendapat kelulusan pelan sistem saliran, namun sebahagian daripada projek pembangunan disini tidak diberi sokongan CCC kerana gagal mematuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan
-
Apakah pelan tindakan bagi mengatasi masalah ini?
Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan balik tanah bagi tujuan rezab parit perlu dilakukan. Setelah jajaran rezab parit ini ditetapkan, maka parit sediada perlu dinaiktaraf berserta dengan pengalihan utiliti yang menghalang kelancaran air larian
-
Apakah tindakan kepada pemaju yang menceroboh rizab kerajaan?
Pada masa kini, tiada rezab parit sediaada di sekitar jalan Teratai. Sekiranya, serahan rezab telah dibuat dan ada pencerobohan berlaku, maka tindakan perobohan kepada struktur yang berada di dalam rezab akan diambil Tindakan
bersama ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah dan juga jabatan terlibat.
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Bagi pembinaan parit-parit di dalam rezab parit untuk sesuatu pembangunan, MPK mensyaratkan kepada pemaju perlu membina parit konkrit lebar maksimum tertakluk kepada ulasan dan syarat-syarat Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).
Menaiktaraf parit sediada mengikut pelan induk saliran JPS. Masalah banjir di kawasan berkenaan pada masa ini pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di bahagian hilir aliran air di sepanjang Jalan Abdul Manan. Pemaju disyaratkan dan perlu membina parit konkrit di dalam rezab yang diserah/diperuntukan apabila sesuatu lot tanah dibangunkan. Saiz longkang adalah mengikut rekabentuk juruperunding pemaju berdasarkan kawasan tadahan air yang diambil kira. Parit tanah juga perlu dinaiktaraf selaras dengan pelan induk