Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
16) BINAAN HARAM DI DALAM KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan binaan haram yang telah diambil tindakan?
Jumlah keseluruhan binaan haram yang telah diambil tindakan oleh PBT Negeri Selangor pada tahun 2018 adalah sebanyak 4,408 di mana MBSA mencatatkan bilangan binaan haram paling tinggi dengan 1,067 dan paling rendah adalah MPKj sebanyak 51 binaan. Senarai penuh bilangan binaan haram untuk semua PBT Negeri Selangor adalah seperti di Jadual 1 berikut:
Jadual 1 : Bilangan Binaan Haram Yang Telah Diambil Tindakan Oleh PBT Tahun 2018
PBT BILANGAN BINAAN HARAM YANG TELAH DIAMBIL TINDAKAN TAHUN 2018 MBSA 1067 MBPJ 96 MPK 77 MPAJ 1030 MPSJ 1062 MPS 331 MPKj 51 MPSp 55 MDKL 115 MDHS 93 MDKS 338 MDSB 93 JUMLAH 4408 Nota : Sumber data daripada PBT Negeri Selangor.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh PBT sejak daripada tahun 2013 sehingga kini?
Tindakan yang diambil untuk Binaan Tanpa Kebenaran adalah mengeluarkan notis dan kompaun. Notis Amaran dan Kompaun boleh dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) di mana PBT mengarahkan pemilik kediaman sama ada untuk mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kelulusan bertulis PBT atau merobohkan binaan sekiranya binaan yang dibina tidak memenuhi syarat dan peraturan PBT.
-
Apakah jenis-jenis binaan haram tersebut?
Jenis-jenis binaan haram yang telah diambil tindakan adalah seperti berikut :
- Pembinaan menara telekomunikasi haram;
- Pembinaan tempat letak kereta berbumbung di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
- Pembinaan struktur gerai di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
- Perletakan kabin di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
- Pembinaan stor di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
- Pembinaan binaan yang tidak mematuhi kelulusan pelan bangunan;
- Pembinaan rumah ibadat bukan islam rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
- Pembinaan struktur pondok pengawal;
- Pembinaan gazebo di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
- Pembinaan pagar melebihi sempadan persendirian iaitu memasuki rezab jalan; dan
- Pembinaan awning melebihi sempadan persendirian iaitu memasuki rezab jalan.