Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
108) BINA SEMULA RUMAH PANGSA KERAMAT AU2A
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi membolehkan pembinaan semula Rumah Pangsa Keramat AU2A?
Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan semula bangunan kediaman tersebut boleh dilaksanakan melalui kaedah pembaharuan semula bandar (Urban Redevelopment) yang mana dibuat secara holistik dengan mengubah struktur fizikal sedia ada. Pembangunan ini melibatkan kerja-kerja pembersihan tapak, perobohan bangunan dan perubahan guna tanah yang menjurus kepada pembangunan bersepadu dan berintensiti tinggi. Melalui kaedah ini, ianya akan memberikan satu nilai baru kepada penduduk dari segi peningkatan ekonomi, keadaan fizikal, infrastruktur dan utiliti, sosial serta kehidupan yang lebih berdaya huni.
Justeru, berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Semula Penempatan Bandar Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa prinsip dan syarat yang perlu di dipatuhi bagi memboleh kaedah ini dilaksanakan:-
- Pemaju perlu mengemukakan Cadangan awal pembangunan / kajian kemungkinan awalan projek (Feasibility Study) kepada Kerajaan Negeri untuk diteliti.
- Cadangan pembaharuan semula perlu disokong dengan kajian khusus seperti Social Impact Assestment, Trafic Impact Assessment dan Soil Investigation sekiranya perlu.
- Dokumen perjanjian perlu dipersetujui dan dimeterai oleh sekurang-kurangnya 80% oleh penduduk / pemilik.
Sehubungan dengan itu, insentif ini hanya boleh dimulakan sekiranya terdapat pemaju yang kompeten untuk melaksananya dan juga mendapat persetujuan dan sokongan daripada penduduk / pemilik.