Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

114) BILLBOARD UNTUK WAKIL RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menetapkan satu piawaian standard pembinaan billboard untuk semua wakil rakyat?

    Untuk makluman, paparan billboard sedia ada adalah mengikut spesifikasi standard dan mengikut kesesuaian sesuatu lokasi dan mudah untuk dilihat oleh orang ramai. Pada masa ini, billboard atau papan tanda di bawah Kerajaan Negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan memaparkan program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri seperti program Insentif Peduli Rakyat. Selain itu, ia turut digunakan bagi manyalurkan maklumat-maklumat baharu selaras dengan Belanjawan Negeri Selangor 2019. Oleh yang demikian, cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat berkaitan menetapkan satu piawaian standard pembinaan billboard untuk semua wakil rakyat akan diteliti kesesuaiannya bagi memastikan maklumat-maklumat yang disampaikan melalui billboard atau papan tanda selari dengan dasar Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.