Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
173) BILLBOARD DI LEBUHRAYA KONSESI DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap pemasangan billboard di lebuhraya-lebuhraya konsesi?
Berdasarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) UPEN : SPBT Bil.5/2008 melalui rujukan IPK.Sel.60015/18 Jld.3 (1) bertarikh 26.08.2008 telah menyatakan bahawa semua struktur papan iklan yang didirikan di atas tanah milik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan rezab persekutuan perlu mendapat kelulusan Kebenaran Merancang, kelulusan Permit Struktur dan lesen paparan Iklan daripada PBT
-
Adakah Kerajaan Negeri mendapat sebarang hasil daripada iklan-iklan billboard ini?
Kerajaan Negeri melalui PBT mendapat hasil daripada iklan-iklan billboard
daripada kutipan :-
- Fi Kebenaran Merancang dari Jabatan Perancangan Bandar
- Fi Proses Pelan dan Permit Tahunan dari Jabatan Kawalan Bangunan
- Fi Permohonan Lesen dan Visual Iklan Luaran dari Jabatan Pelesenan
-
Berapakah kes-kes pelanggaran syarat sama ada di pihak PBT mahupun Pejabat Daerah dan Tanah yang dilakukan oleh pihak yang memasang billboard sepanjang 2015?
Jumlah keseluruhan bilangan kes pelanggaran oleh pihak yang memasang billboard di PBT sepanjang 2015 adalah sebanyak 1,412 kes. Jadual di bawah adalah perincian mengikut setiap PBT di Selangor :
PBT BILANGAN KES-KES PELANGGARAN SEPANJANG 2015 MBSA Penurunan Visual Iklan – 28 Perobohan Struktur Billboard – 13
MBPJ 50 unit paparan iklan tanpa kebenaran (illegal billboard) MPK 9 MPAJ Tiada MPSJ Kompaun – 970 Turun Visual – 23 Perobohan Struktur – 68
MPS 30 MPKj Tiada MPSp 165 bilangan struktur tanpa kelulusan MDKL 56 struktur jenis billboard dan unipole dibina secara haram MDHS Tiada MDKS Tiada MDSB Tiada JUMLAH 1,412