Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

126) BILLBOARD DAN BUNTING KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kepentingan billboard dan bunting tersebut kepada kemajuan negeri?

    Umum mengetahui kerajaan kurang mendapat liputan yang adil di media massa arus perdana atas sebab-sebab politik. Malah,ada syarikat media yang enggan menyiarkan iklan atau hebahan kepada orang ramai jika ada berkaitan langsung dengan kerajaan negeri. Atas sebab inilah, kita menjadikan paparan billboard dan bunting sebagai salah satu mekanisme untuk mempromosikan program-program dan aktiviti melibatkan kerajaan negeri. Ini secara langsung menjayakan lagi program yang dianjurkan. Billboard juga banyak membantu mempromosikan program Merakyatkan Ekonomi Selangor di seluruh pelosok negeri.

  2. Berapakah kos yang dikeluarkan untuk memasangkan billboard dan bunting tersebut mengikut PBT?

    Semua Billboard ini adalah milik PBT. Ia dipinjam oleh Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Dato’ Menteri Besar. Kerajaan Negeri hanya membina 56billboard iaitu satu DUN satu billboard bagi mempromosikan program MES dan kempen Selamatkan Malaysia Mansuhkan ISA. Harga seunit billboard ini ialah RM9,643 dan jumlah keseluruhan kos yang dibelanjakanRM540,000. Nilai ini yang terendah diterima menerusi tender terbuka.

    Kerajaan Negeri tidak melantik syarikat khusus untuk membina bunting. Ia bergantung kepada penganjur program yang perlu melalui proses sebut harga jika ia tidak melebihiRM50,000.

  3. Nyatakan syarikat yang mendapat kontrak menyedia dan memasang banner serta bunting tersebut?

    Pelantikan syarikat bagi memasang banner dan bunting adalah berbeza-beza dan dibuat oleh penganjur program. Kerajaan Negeri membuka peluang perniagaan kepada semua syarikat yang kepakaran dalam bidang ini dan perlu melalui proses tender terbuka atau sebut harga. Bagaimanapun, kebiasaannya kos membina dan memasang bunting dan banner ini tidak melebihi RM50,000

Lampiran

Tiada Lampiran.