Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

11) BILIK PAMERAN KERETA-KERETA TERPAKAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah wujudnya garis panduan negeri untuk menjalankan perniagaan ini dan jika ya, sila nyatakan?

    Kerajaan Negeri masih belum lagi mewujudkan sebarang garis panduan untuk
    menjalankan perniagaan ini. Walau bagaimanapun, PBT melaksanakan kawalan melalui
    lesen yang dikeluarkan di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

  2. Bolehkah pihak negeri memudahkan perniagaan mereka dengan mengemukakan peruntukan tanah dan peruntukan kawasan-kawasan oleh PBT-PBT bagi aktiviti perniagaan ini untuk dijalankan?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum bercadang untuk memperuntukkan tanah dan
    kawasan-kawasan oleh PBT-PBT bagi aktiviti perniagaan ini memandangkan kawasan
    komersial sedia ada yang boleh diguna pakai oleh pengusaha untuk menjalankan
    perniagaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.