Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

286) BILIK LAKTASI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilik laktasi penting bagi wanita berumah tangga untuk kembali ke alam pekerjaan. Apakah peruntukan undang-undang yang sedia ada yang mewajibkan penyediaan kemudahan ini oleh pemaju dan majikan?

    Jawapan a) dan b) dijawab bersekali

     

    Wanita dan keluarga tidak dapat dipisahkan. Justeru itu, Kerajaan Negeri amat komited dalam soal pembangunan keluarga. Dewasa ini golongan wanita terutamanya wanita muda sinonim dengan alam kerjaya. Namun demikian, golongan ini terpaksa meninggalkan kerjaya demi memberi tumpuan dan perhatian untuk pembesaran anak-anak kecil mereka. Dalam kesibukan gaya hidup masa kini, ramai ibu yang bekerja menghadapi masalah dalam menyusukan bayi mereka secara eksklusif.

    Ini adalah berikutan kebanyakan premis tempat ibu-ibu muda bekerja tidak menyediakan kemudahan ruangan atau bilik laktasi. Bagi memudahkan ibu-ibu muda berkerjaya ini meneruskan penyusuan secara eksklusif kepada anak- anak kecil mereka.

    Dalam kaitan di atas, sememangnya belum ada bilik laktasi khusus untuk ibu- ibu muda diwujudkan di kebanyakan premis pekerjaan dalam negeri ini sama ada di jabatan kerajaan mahupun di premis syarikat-syarikat swasta.

    Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri amat menggalakkan majikan mewujudkan bilik laktasi bagi kegunaan kakitangan wanita mereka agar kadar ibu muda meninggalkan kerjaya mereka dapat dikurangkan. Kerajaan Negeri akan berusaha mengkaji peruntukan undang-undang sedia ada bagi penambahbaikan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan ini oleh pemaju dan para majikan.

  2. Berapa banyak bilik laktasi telah diwujudkan di Selangor sekarang?

Lampiran

Tiada Lampiran.