Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

181) BILIK GERAKAN BENCANA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri ada menubuhkan bilik gerakan bagi menangani sesuatu bencana. Apakah terma rujukan dan bidang kuasa bilik gerakan ini?

    Rujukan berpandukan kepada Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara dan bidang kuasa bilik gerakan adalah:

    • Melaksanakan dasar, strategi, arahan, pelan tindakan dan hala tuju dalam pengendalian bencana di peringkat Negeri;
    • Mengurusperdanakan langkah-langkah Pengurangan Risiko Bencana melalui Agensi Kerajaan di Peringkat Negeri’
    • Melaksanakan usaha-usaha pemantapan penyampaian Sistem Amaran Awal Bencana secara berkesan dan berterusan kepada Agensi kerajaan dan orang awam;
    • Melaksanakan latihan pengurusan bencana yang bersepadu di antara agensi kerajan dari masa ke semasa bagi memenuhi tahap kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi sesuatu bencana;
    • Melaksanakan program pembangunan keupayaan dan kesedaran awam di Peringkat Negeri/Daerah;
    • Menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi melicinkan urusan menangani bencana;
    • Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian di Peringkat Negeri; viii.Meneliti dan menyelaras semua permohonan bantuan Pemulihan;
    • Merancang dan melaksanakan program pencegahan, kesiapsagaan, tindak balas dan pemulihan di peringkat negeri;
    • Mewujudkan dan mengemaskini profil kawasan berisiko bencana di peringkat negeri;
    • Mewujudkan pangkalan data mengenai peralatan, kelengkapan dan senarai kepakaran di peringkat negeri;
    • Menyelaras keperluan pengurusan dan bantuan bencana di peringkat negeri; xiii.Mewujudkan PKOB Negeri;
    • Menentukan bantuan yang komprehensif kepada mangsa dan anggota penyelamat;
    • Menjalankan post-mortem dengan segera selepas sesuatu bencana; dan xvi.Menyediakan laporan pengendalian dan pengurusan
  2. Bagaimanakah keahlian bilik gerakan ini dan siapakah yang terlibat dalam pengoperasiaan

    Pengerusi : Y.B. SUK Ahli-ahli :

    1. Ketua Polis Negeri
    2. Panglima Briged ATM
    3. B. Pegawai Kewangan Negeri
    4. Pengarah Bomba
    5. Pengarah JPAM Negeri
    6. Pengarah Kesihatan Negeri
    7. Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah
    8. Pengarah JKR Negeri
    9. Pengarah JKM Negeri
    10. Pengarah Penerangan Negeri
    11. Pengarah Penyiaran Negeri
    12. Pengarah Pelajaran Negeri
    13. Pengarah JAS Negeri
    14. Pengarah Meterologi Negeri
    15. Pengarah JPS Negeri
    16. Pengarah Jabatan Mineral dan Geosainsa Negeri
    17. Pengarah RELA
    18. Pengarah Jabatan Keselamtan dan Kesihatan Pekerjaan
    19. Pegawai-pegawai Daerah
    20. Pengurusan SYABAS
    21. Pengurus TELEKOM
    22. Pengurus TNB
    23. Pengurus JPAM
    24. Pengarah Tourism Negeri

    Turut Hadir : Lain-lain pegawai dari Jabatan/Agensi berkaitan Setiausaha : Setiausaha Keselamatan Negeri (MKN)

  3. Di manakah lokasi bilik gerakan ini dan berapakah peruntukan kewangannya setahun?

    Lokasi bilik Gerakan belum tetap dan untuk sementara ini ditempatkan di Foyer Bangunan SSAAS dan tiada peruntukan dikhaskan di atas nama Peruntukan Tabung Bencana Khas dan tiada peruntukan Khas tahunan (wang akan ditambah jika ada bencana dan didapati wang berkurangan). Wang disalur melalui wang amanah B29 (Luar jangka) masuk ke (60050) Amanah Tabung Bencana Khas yang dipegang oleh Y.B. PWN namun mulai 1.4.2014 Tabung Amanah berkenaan akan diserahkan kepada Seksyen Sektoral, UPEN. Baki pada 31.12.2013 berjumlah RM6,106,484.33 dan baki terkini pada 21.3.2014 berjumlah RM6,816,136.33.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.