Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

147) BILANGAN TANAH MILIK KERAJAAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan tanah milik kerajaan di Meru yang masih lagi belum dibangunkan mengikut agensi-agensi yang terbabit?

    Terdapat seluas 80.898 ekar tanah milik Kerajaan bagi kawasan Meru, Daerah Klang. Sebanyak 14.838 ekar adalah merupakan tanah Virgin Land yang terlibat dalam proses pewartaan sebagai tapak pasar. Manakala selebihnya telah dizonkan sebagai kegunaan rizab jalan dan simpanan sungai.

     

    Baki 66.06 ekar lagi tanah  kerajaan adalah terdiri daripada Kawasan Lapang, Zon Penampan, Kawasan Keagamaan Islam, Sistem Perkhidmatan Pembentungan, Keagamaan Bukan Islam, Rizab Sungai dan Rizab Jalan.

     

    Berdasarkan semakan Pejabat Daerah/Tanah Klang terdapat 2 tapak Rizab Keagamaan Islam (Masjid dan Surau) dan 2 tapak Rizab Keagamaan Bukan Islam (Tokong) yang belum dibangunkan.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menghalang aktiviti pencerobohan tanah milik Kerajaan?

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah/Tanah (PDT) di setiap daerah di Negeri Selangor telah menubuhkan Unit Penguatkuasaan Tanah. Unit ini dibekalkan dengan anggota Pembantu Penguatkuasa beruniform yang bertanggungjawab menjalankan rondaan, bancian, menjalankan siasatan dan melaksanakan operasi-operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti pencerobohan tanah kerajaan di daerah terlibat.

     

    Bagi sebarang Pencerobohan Tanah Kerajaan/ Pendudukan Tidak Sah ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan jika sabit kesalahan tindakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada pelaku dan mereka yang bersubahat.

Lampiran

Tiada Lampiran.