Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
41) BILANGAN SURVEY OFFICER (S.O) DI SETIAP PTD
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah Survey Officer (S.O) mengikut Bahagian di setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di Negeri Selangor daripada tahun 2007-2011.
Seperti di Lampiran A.
LAMPIRAN A
SENARAI JUMLAH PENOLONG PEGAWAI TANAH (S.O) DI PEJABAT DAERAH/TANAH NEGERI SELANGOR
BIL.
NAMA PEJABAT DAERAH/TANAH
BAHAGIAN
TAHUN
2007 2008 2009 2010 2011 1. Pejabat Daerah/Tanah Petaling Pengurusan Tanah 14 14 14 14 14 2. Pejabat Daerah/Tanah Gombak Pengurusan Tanah 13 13 13 13 13 3.
Pejabat Daerah/Tanah Klang Pengurusan Tanah 13
13
13
13
13
4.
Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat Pengurusan Tanah 17
17
17
17
17
5.
Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Pengurusan Tanah 16
16
16
16
16
6.
Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat Pengurusan Tanah 12
12
12
12
12
7.
Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor Pengurusan Tanah 15
15
15
15
15
8.
Pejabat Daerah/Tanah Sepang Pengurusan Tanah 11
11
11
11
11
9.
Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam Pengurusan Tanah 13
13
13
13
13
JUMLAH KESELURUHAN 124
124
124
124
124
-
Apakah dasar yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi menentukan keperluan S.O di setiap PTD?
Setiap Pejabat Daerah/Tanah menentukan sendiri keperluan S.O di Daerah masing- masing. Keperluan ini tertakluk kepada jumlah waran perjawatan yang masih belum diisi dan beban tugas sedia ada di semua Pejabat Daerah/Tanah.
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan bilangan S.O di PTD adalah sentiasa mencukupi bagi menampung kerja pemprosesan tanah yang meningkat?
Pentadbiran Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk membuat pengisian sepenuhnya kepada semua jawatan Penolong Pegawai Tanah (S.O) di semua Pejabat Daerah/Tanah bagi menampung kerja-kerja pemprosesan tanah yang meningkat.
(ii) Sekiranya perjawatan sedia ada tidak mencukupi, Pejabat Daerah/Tanah perlu mengemukakan permohonan pertambahan perjawatan Penolong Pegawai Tanah berserta Justifikasi keperluan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk di panjangkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).