Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

208) BILANGAN DEWAN-DEWAN MILIK KERAJAAN NEGERI YANG TERBIAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan dewan-dewan milik Kerajaan Negeri yang terbiar di DUN Sg.Burong khususnya dan seluruh Negeri Selangor amnya?

    Bilangan dewan milik Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor dalam DUN Sungai Burong adalah sebanyak satu (1) dewan iaitu Dewan Orang Ramai Blok S. Dewan ini terletak di Jalan Lintang Ban 3 Tali Air 2, Kampung Parit 2.

  2. Apakah status guna pakai terkini dewan-dewan tersebut? Adakah baik atau sebaliknya?

    Dewan Orang Ramai Blok S di Kampung Parit 2 mempunyai kemudahan pentas, gelanggang badminton / sepak takraw, tandas dan perkarangan yang luas. Ia masih boleh digunakan namun memerlukan beberapa pembaikan bagi membolehkan ia dapat digunakan dengan selesa. Buat masa ini kekerapan penggunaannya adalah rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.