Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
309) BILANGAN ASNAF DI DUN DENGKIL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan asnaf yang berdaftar di kawasan DUN Dengkil dan apakah jenis bantuan yang telah disalurkan?
Berikut merupakan bilangan asnaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di daerah Sepang mengikut kategori asnaf:
KATEGORI ASNAF BILANGAN KETUA KELUARGA Fakir 1,272 Miskin 1,932 Mualaf 348 Jumlah 3,552 Antara bantuan yang disalurkan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf ini merangkumi bantuan kewangan dan makanan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan persekolahan, bantuan perubatan, bantuan baik pulih rumah dan sumbangan Hari Raya.