Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

42) BILANGAN AKTIVIS POLITIK YANG MASIH MEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aktivis politik yang masih memegang tauliah mengajar agama Islam?

    Setakat ini hanya 4 orang aktivis politik yang telah dikenal pasti oleh JAIS yang
    masih memegang Tauliah Mengajar Agama Islam.

  2. Apakah organisasi-organisasi politik yang mereka masih bergiat aktif lagi di dalamnya?

    Organisasi-organisasi politik yang mereka masih bergiat aktif lagi adalah tiga (3) daripada PAS dan seorang (1) AMANAH.

  3. Apakah jika mereka ahli biasa bukan berjawatan di dalam organisasi politik dikekalkan memiliki tauliah tersebut atau sebaliknya?

    Berdasarkan titah DYMM Sultan Selangor yang terbaru bertarikh 18 Februari 2022, seseorang penceramah yang berstatus ahli biasa dalam parti politik boleh ditarik balik Tauliah Mengajar mereka sekiranya menimbulkan polemik yang boleh memecahbelahkan perpaduan ahli kariah. Ketetapan ini boleh dikenakan juga terhadap mana-mana penceramah yang bukan di kalangan ahli politik.

Lampiran

Tiada Lampiran.