Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

142) BIKECARE

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakan permohonan BikeCare yang diterima oleh Kerajaan Negeri?

    Soalan (a) dan (b) akan dijawab bersekali

    Sebagaimana Yang Berhormat Bukit Gasing sedia maklum, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja, telah mewujudkan satu program yang dikenali sebagai Bike Care – 1,000 pada tahun 2022. Program Bike Care-1,000 ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu menggalakkan rakyat di negeri Selangor untuk menyertai perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan, seterusnya menjana pendapatan di bawah ekonomi Gig. Program ini disasarkan kepada pekerja yang telah kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan semula pekerjaan dalam suasana baharu sebagai pekerja di bawah ekonomi Gig.

    Pemberian sumbangan adalah berbentuk wang pendahuluan (deposit) berjumlah RM1,000.00 kepada setiap penerima yang layak untuk membeli sebuah motosikal bersesuaian. Sumbangan tersebut adalah disalurkan terus kepada panel syarikat terpilih. Setiap permohonan bantuan di bawah Program Bike Care – 1,000 adalah melalui Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) iaitu satu unit khas yang ditubuhkan  di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia yang berperanan dalam membantu melancarkan pelaksanaan program-program yang dirancang.

    Bagi tahun 2022, sebanyak hampir 200 permohonan telah diterima dan diproses. Daripada keseluruhan permohonan tersebut, seramai 100 orang telah dipertimbang dan diluluskan untuk mendapat manfaat di bawah program ini. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Gasing, permohonan di bawah program ini tidak dipecahkan mengikut DUN dan terbuka kepada seluruh rakyat di negeri Selangor mengikut syarat – syarat yang telah ditetapkan. Butiran pemohon berjaya bagi tahun 2022 adalah seperti di lampiran.

    Bagi tahun 2023, pelaksanaan Program Bike Care – 1,000 masih dalam tindakan pihak UPPS memandangkan sasaran penerima manfaat telah ditingkatkan kepada 200 orang. Majlis pelancaran bagi Program Bike Care – 1,000 Tahun 2023 dicadang untuk dilaksanakan pada 4 Ogos 2024.

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Program Bike Care – 1,000 ini tidak diteruskan bagi tahun 2024 memandangkan peranan Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia telah diperluas bagi penggal baharu ini dalam pelbagai sudut. Selain membangunkan dan melahirkan pekerja yang kompeten, produktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara, Kerajaan Negeri komited menyelesaikan permasalahan pekerjaan rakyat dalam kalangan golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal, OKU dan bekas banduan.  Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia akan memfokuskan pelaksanaan program – program lain yang lebih holistik bagi memenuhi objektif kepada kumpulan sasaran.

  2. Tolong senaraikan pemohon yang berjaya, dengan butiran model motosikal, lokasi DUN dsb.

Lampiran

Tiada Lampiran.