Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

178) BIDANG PENYELIDIKAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bidang penyelidikan yang menjadi keutamaan negeri?

    Tumpuan penyelidikan adalah dalam bidang yang menjadi “niche” kepada institusi berkenaan contohnya Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang menumpukan kepada pembangunan produk-produk bioteknologi dan produkproduk halal manakala Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pula menumpukan kepada kajian-kajian yang meliputi penambahbaikan dalam urus tadbir pendidikan dan pembangunan modal insan.

    Kerajaan Negeri Selangor telah memberi geran penyelidikan sebanyak RM5.8 juta kepada UNISEL dan KUIS bermula dari tahun 2009 sehingga 2012 dalam membangunkan bidang penyelidikan yang menjadi tumpuan kepada institusi yang berkenaan.

  2. Apakah hasil penyelidikan institusi pendidikan negeri yang dapat dimanfaatkan?

    Hasil penyelidikan Institusi Pendidikan Negeri yang dapat dimanfaatkan adalah seperti berikut:-

    Hasil Penyelidikan daripada UNISEL

    • Kajian di dalam bidang Teknologi Hijau, “Green Chemistry”, Industri Bioteknologi;
    • Aplikasi DNA dan teknologi Bio-Sensor di dalam keselamatan makanan dan pengeluaran makanan halal;
    • Pembangunan produk-produk asli dari tumbuhan-tumbuhan yang disebut di dalam Al-Quran;
    • Kajian berkenaan Halal Quality Assurance dan Pembangunan Produk Halal; dan
    1. Kajian rahsia tumbuhan yang disebut di dalam Al-Quran.

    Hasil Penyelidikan daripada KUIS

    1. Penilaian Pelaksanaan            Pengajaran   dan     Pembelajaran           Kurikulum

    Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Islam (JAIS) di Sekolah-sekolah Rendah Agama Negeri Selangor;

    1. Profesionalisme Guru-guru di Sekolah Rendah Agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor, iii. Peranan KUIS dalam Pembangunan Insan di Negeri Selangor;
    2. Peranan PIBG dan keberkesanannya dalam Sistem Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di Selangor;
    3. Pengurusan SAR/KAFA Persendirian di Negeri Selangor : Suatu Analisis Keperluan;
    4. Kajian Perkembangan Sosio-Psikologi Pelajar Melayu di Felda Negeri Selangor;
    • Kepuasan Kerja Guru-guru Agama Sekolah Rendah Agama (SRA)

    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);

    • Penilaian Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Sijil Menengah Agama (SMA) di Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan (SBAK) di Negeri Selangor; dan ix. Pengurusan Institusi Tahfiz Persendirian di Negeri Selangor.
  3. Bagaimana hendak mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan?

    Beberapa MOU kerjasama telah ditandatangani dan beberapa program telah dilaksanakan bertujuan untuk mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan. Antaranya adalah seperti berikut:-

    • MOU bersama ITB Bandung, Indonesia berkenaan tumbuhan yang
    • disebut di dalam Al-Quran;
    • Pembinaan Taman Botani Al-Quran di Sekolah Rendah Agama Kg. Delek, Klang;
    • Pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam (World Come) yang dikendalikan oleh KUIS;
    • Penerbitan buku yang bertajuk “Peeling the scientific facts of banana”; dan
    • Penerbitan buku Perbendaharaan Al-Quran.

Lampiran

Tiada Lampiran.