Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
127) BIDANG MAKANAN PERTANIAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk belia di Selangor untuk menceburi bidang makanan dan pertanian?
Kerajaan Negeri amat memberikan galakan kepada golongan belia untuk menceburi bidang pertanian samada tanaman, penternakan, akuakultur atau industri asas tani (IAT). Bagi menarik minat golongan tersebut, beberapa perkara telah dikenalpasti sebagai halangan utama penglibatan mereka iaitu modal, tanah, ilmu pengetahuan dan paling utama sekali minat.
Sehubungan dengan itu juga, Kerajaan Negeri telah mula mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan penglibatan golongan belia di dalam sektor pertanian dapat ditingkatkan iaitu :-
- Menganjurkan program-program kursus dan seminar bagi memberikan gambaran sebenar kepada golongan belia bahawa sektor pertanian boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan jika ianya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut kaedah yang betul;
- Mempromosikan penggunakan gajet-gajet pertanian seperti penggunaan kawalan pembajaan, pengairan dan pengawalan serangga secara atas talian dan penggunaan drone untuk penananam padi, memperkenalkan kaedah precision agriculture atau pertanian persis yang memberikan penekanan kepada SOP (Standard Operating Produre );
- Pembukaan tanah-tanah pertanian melalui kaedah pewartaan tanah kerajaan untuk pertanian;
- Mewujudkan program mentor-mentee dan incubator bagi memastikan golongan tersebut mendapat tunjuk ajar melalui jabatan-jabatan yang berkaitan serta pengalaman mentor dan dalam masa yang sama pembelian hasil melalui projek ladang kontrak oleh mentor bagi memastikan hasil yang dikeluarkan telah tersedia untuk dipasarkan (safety net);
- Menyediakan insentif-insentif berbentuk input dan peralatan kepada golongan belia yang telah memulakan projek pertanian mereka bagi membantu golongan tersebut untuk meningkat hasil dan membantu mengurangkan kos belanja modal; dan
- Mengadakan kerjasama strategik dengan agensi-agensi pembiayaan seperti Agro Bank, Hijrah Selangor dan Tekun untuk turut sama membantu di dalam menyediakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada pengusaha-pengusaha di sektor pertanian.