Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
212) BIAYA SISWA KUIS & UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima biaya siswa ini sepanjang tahun 2015?
Pada masa ini, terdapat 2 jenis biaya siswa untuk pelajar UNISEL dan KUIS iaitu:
i. Dana Sara Diri
– Merupakan bantuan kewangan bagi tujuan sara diri pelajar sebelum mendapat bayaran pinjaman daripada PTPTN atau MARA. Berikut merupakan ringkasan bagi program Bantuan Sara Diri tahun 2015:
Bil Perkara Jumlah (pelajar) 1. Permohonan diterima 455 2. Permohonan yang diluluskan 276 ii. Program Khas Biasiswa Selangorku
- Merupakan biasiswa penuh bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar. Program ini telah dilaksanakan pada Oktober 2015 selaras dengan kelulusan MMKN bertarikh 9 September
- Berikut merupakan ringkasan permohonan Biasiswa Selangorku bagi tahun 2015:
Bil Perkara Jumlah (pelajar) 1. Permohonan diterima 183 2. Permohonan yang layak diproses 169 3. Permohonan tidak layak diproses: Sebab-sebab: – Menerima tajaan lain
– Peringkat pengajian tidak ditaja
– Permohonan tidak lengkap
14
4. Calon yang dipanggil temuduga 169 5. Calon yang hadir temuduga 136 6. Calon yang tidak hadir temuduga 33 7. Calon yang tidak disokong 16 8. Calon yang disokong 120 – Seramai 120 pelajar telah disenarai pendek berdasarkan syarat kelayakan dan sesi temuduga. Pentadbiran ini sedang mendapatkan struktur yuran pengajian bagi setiap pelajar ini bagi membuat pengiraan jumlah sebenar pelajar yang boleh ditaja memandangkan biasiswa yang diperuntukkan adalah sebanyak RM10.0 juta sahaja.
-
Berapakah jumlah yang diterima oleh setiap pelajar?
i. Dana Sara Diri
- Pembiayaan tunai sebanyak RM600.00 sebulan untuk tempoh maksimum 4 bulan sebelum pelajar mendapat pinjaman daripada PTPTN atau
ii. Program Khas Biasiswa Selangorku
- Keseluruhan yuran pengajian pelajar akan ditanggung termasuk elaun sara diri berjumlah RM7,200.00
-
Berapakah jumlah keseluruhan yang telah disalurkan?
i. Dana Sara Diri
- Sebanyak RM328,800.00 telah dibayar kepada pelajar yang
ii. Program Khas Biasiswa Selangorku
- Sebanyak RM10.0 juta setahun telah diperuntukkan dan jumlah yang disalurkan akan berdasarkan kos sebenar